URUGUAY NEGARA KAYA JUARA PIALA DUNIA PERTAMA

Siapa sangka Uruguay pernah menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia pertama. Tahun 1930 merupakan tahun keramat negara tersebut sebab dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 1930. Dengan penyertaan sebanyak 13 pasukan yang menyertai Piala Dunia, kejohanan ini berlangsung hanya di satu daerah sahaja iaitu di Montevideo.7 pasukan dari Amerika Selatan, 4 dari Eropah dan 2 dari Amerika Utara. Untungnya negara-negara yang menyertai kejohanan Piala Dunia pertama ini tidak melalui apa-apa pusingan kelayakan tetapi melalui jemputan.

SENARAI PASUKAN DI PIALA DUNIA 1930

Amerika Selatan

Eropah

Amerika Utara

 

·         Uruguay

·         Argentina

·         Brazil

·         Bolivia

·         Paraguay

·         Chile

·         Peru

           Perancis

           Romania

           Yugoslavia

           belgium

           Amerika Syarikat

           Mexico


Di Montevideo hanya tiga buah stadium sahaja digunakan sepanjang kejohanan berlangsung iaitu di Centenario, Gran Parque Central dan Pocitos.. Perlawanan pertama antara Perancis menentang Mexico yang memberi kemenangan Les Blues 4-1. Gol pertama kejohanan tersebut dijaringkan oleh penyerang L.Laurent pada minit ke-19.



Perlawanan akhir pula  menyaksikan tuan rumah Uruguay menentang Argentina dengan keputusan 4-2. Dalam perlawanan tersebut juga menyaksikan legenda seperti Cea dan Castro menjaringkan gol kemenangan bagi Uruguay sebagai negara pertama yang menjulang trofi Piala Dunia pertama

                                                                Pasukan Uruguay 1930
                                    
MENGAPA URUGUAY DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH DAN BUKAN NEGARA LAIN?

Asalnya negara Britain dipilih tapi telah keluar dari FIFA sebab tak puas hati dengan persatuan tersebut. Masa tu jugak kebanyakan ekonomi negara terjejas sebab kemelesetan ekonomi 1929. Ironinya, ekonomi Uruguay tengah pesat membangun pada zaman tu, tak hairan la Uruguay dipilih dan boleh sponsor lagi  negara lain yang dijemput seperti Perancis dan Romania datang ke sana dengan menggunakan kapal laut. Kaya weh Uruguay masa tu. Satu lagi sebab Uruguay dipilih adalah mereka juga merupakan juara bola sepak Sukan Olimpik musim panas tahun 1928 di Belanda. So, memang kena la Juara Bola Sepak jadi tuan rumah.





"Cieo De Un Solo Color" Uruguay



Comments